|
Syarikat balak bina jambatan RM1.8 juta di Jerantut |
||
|
Jerantut 1 Okt. - Sebuah syarikat pembalakan disini membina sebuah jambatan mudah alih berharga RM 1.8 juta bagi membolehkan penduduk di tiga kampung di kawasan itu ,menggunakan kemudahan tersebut bagi memudahkan aktiviti harian mereka.
Pengerusi syarikat Wirama Semangat Sdn Bhd. Mohd Abdah Mohd Alif berkata, pembinaan jambatan itu yang menyeberangi Sungai Tembeling dapat menghubungkan Kampung Kuala Sat dengan tiga kampung lain iaitu Kampung Bantal, Kampung Kucing dan Kampung Gusai.
Jelasnya, kemudahan itu membolehkan penduduk membawa hasil pertanian mereka ke Bandar tanpa melalui perjalanan yang sukar.
Sebelum ini, mereka menggunakan bot ke Bandar Jerantut atau Kuala Tahan untuk membeli barangan keperluan harian. Bagaimanapun mereka tidak boleh membawa hasil pertanian kerana pengangkutan tersebut hanya digunakan untuk membawa penumpang sahaja. |
|
|
|
“Akibatnya, mereka mengalami kerugian besar apabila hasil pertanian rosak kerana tiada jalan darat untuk dihantar ke kilang atau pemborong.” Katanya kepada pemberita selepas menyerahkan jambatan tersebut kepada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Sat di sini kelmarin.
|
||
